Friday

15,001 pelarian Rohingya tetap dibantu

SEJUMLAH 15,001 pelarian Rohingya berada di negara ini tidak terbiar dan sentiasa mendapat bantuan dari masyarakat selain Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata data berkenaan direkodkan Kementerian Luar dengan kerjasama UNHCR.

Beliau berkata, kementerian tidak lepas tangan dari segi pengawasan dan keselamatan negara tetapi tidak dapat memberi pekerjaan atau menyampaikan bantuan kebajikan secara langsung kepada mereka. "Bagaimanapun kerajaan tidak berdiam diri dalam soal ini kerana bilangan pelarian itu besar tetapi ia juga adalah tanggungan berat kepada sesebuah negara jiran.

"Usaha sedang dilaksanakan supaya Sekretariat Asean di Jakarta membuat penelitian khusus sama ada untuk memulangkan pelarian Rohingya berkenaan ke kawasan asal atau pun menggalakkan negara ketiga menerima mereka,” katanya.>>> Berita harian